Jumaat, 18 Mei 2012

SAMBUTAN JUBLI PERAK

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini SMK SERI DUNGUN akan mengadakan sambutan JUBLI PERAK sempena 25 tahun sekolah ini dibuka. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan  ini.

Tarikh : 18, 19, 20 Mei 2012
Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat : SMK Seri Dungun

TEMA : "SMK SERI DUNGUN PEMANGKIN TRANSFORMASI PENDIDIKAN"

*klik untuk imej lebih jelas



Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

Sekilas gambar Sambutan Hari Guru di SMK SERI DUNGUN.

guru perempuan SMK Seri Dungun

persembahan

belon

rebut kerusi (musical chair)

cikgu make-up pelajar



para guru  :)


SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

TERIMA KASIH CIKGU
ATAS SEGALA ILMU 
YANG TELAH DIBERIKAN..

JASAMU TETAP KU KENANG..!!

Sumber gambar : FB cikgu Jabbar. :)

Rabu, 21 Mac 2012

Keputusan SPM 2011

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

pelajar SPM 2011 bersama para guru

tahniah diucapkan kepada Satria Asyraf sebab dapat 
keputusan yang cemerlang (straight' A / 8A+ 1A)


Penyerahan Slip Keputusan SPM 2010 telah diadakan di Dewan Besar
SMK Seri Dungun seperti yang berikut..

10.40 - ucapan daripada kauselor (Pn Anisah bt Abidin)
10.50 - ucapan daripada pengetua (Tn Bakar bin Jusoh)
11.15 - Penyerahan result kepada para pelajar SPM'2011


Strait's A - Seorang
8A - 3 Orang
7A - 3 Orang
6A - Seorang
5A - 3 Orang
4A - 12 Orang


*gambar diambil dari FB Cikgu Jabbar

Jumaat, 17 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

Pada 16 Februari 2012 (khamis), satu program iaitu Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan jayanya. Perarakan kali ini dikira berasaskan rumah sukan masing-masing iaitu:

- Tok Janggut [TJ]
- Dato' Bahaman [DB]
- Mat Kilau [MK]
- Megat Panji Alam [MPA]

*Nama rumah sukan telah bertukar sejak tahun lepas mengantikan Merbau, Seraya, Meranti dan Cengal. Dan buat makluman semua, sejak pertukaran nama rumah sukan ini, rumah merah telah bertukar menjadi lebih kuat dan sering mendapat tempat pertama setiap kali pertandingan.

Pada tahun ini, pertandingan kali ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
- Perarakan & Selawat
- Sepanduk
- Nasyid

Dan keputusannya seperti yang tertera dibawah:

Perarakan & Selawat :
1# Tok Janggut [TJ]
2# Dato' Bahaman [DB]
3# Mat Kilau [MK]
4# Megat Panji Alam [MPA]

Sepanduk :

1# Tok Janggut [TJ]
2# Mat Kilau [MK]
3# Dato' Bahaman [DB]
4# Megat Panji Alam [MPA]

Nasyid :

1# Mat Kilau [MK]
2# Tok Janggut [TJ]
3# Dato' Bahaman [DB]
4# Megat Panji Alam [MPA]



sekilas gambar rumah Tok Janggut yang memenangi dua tempat pertama.

 




p/s: Jikalau silap, harap dibetulkan.

English Teacher Assistant

Assalamulaikum dan Salam sejahtera..

senarai ETA untuk negeri Terengganu


Seperti yang sedia maklum, pada tahun ini (2012) SMK Seri Dungun telah menerima kedatangan seorang 'English Teacher Assistant' (ETA) pada awal tahun ini iaitu pada 1 Februari 2012 iaitu Miss Katherine Wiley. Dipanggil Miss Kate oleh para pelajar.

Kedatangan Miss Kate disambut dengan paluan kompang dan juga persembahan silat oleh ahli silat Pewaris Serindu.

Mengikut sumber, Miss Kate akan masuk ke setiap kelas (dari ting 1 hingga ting 5) pada setiap minggu. Miss Kate juga dikatakan akan berada di SMK Seri Dungun selama 10 bulan.

Miss Kate


pandangan peribadi :  agak jeles dengan budak tahun ini. Apepun, semasa terserempak dengan Miss Kate kat sekolah hari tu, boleh dikatakan dia ni lawa jugalah, hehe.