Rabu, 22 Julai 2009

Selamat Datang Diucapkan Kepada Tuan Pengetua Tuan Haji Mat Zali Bin Ismail

Assalamulaikum & Salam sejahtera.
Saya dan warga bekas pelajar SMKSED mengucapkan selamat datang kepada Tuan Pengetua Tuan Haji Mat Zali Bin Ismail kerana telah mengambil alih tugas sebagai pengetua ke-6 di sini. Harap pihak sekolah dapat mengukuh dan membuat penambah baikkan dari masa ke semasa.
Wassalam...

UPDATE daripada post : Sambutan pengetua ke-5

Selasa, 14 Julai 2009

Lagu Dungun Membangun dan Pewaris Anak Dungun

Assalamulaikum dan Salam sejahtera
Khas untuk semua warga Dungun, Terengganu. Bersempena dengan Permasyhuran Majlis Perbandaran Dungun pada 20 Ogos 2008. Muat turun lagu "Pewaris Anak Dungun" dan "Dungun Membangun". Percuma jer, tak perlu bayar.

Bersyukur pada illahi kerana tempat lahirku ini telah membangun. Semoga pembangunan ini kekal dan membawa kesan positif untuk kita semua.. Selamat maju jaya...Amin

Muat turun lagu tersebut di URL dibawah.
GALERI AUDIO:
- MediaFire - Dungun.Org
[Sila klik pada LINK diatas untuk memuat turun lagu]

Lirik lagu : DUNGUN MEMBANGUN

Dungun Membangun

*INTRO (Ramai)
Dungun..Dungun, Dungun membangun
Dungun..Dungun, Dungun membangun

*SUARA SOLO (Lelaki)
Dari nama sejenis pohon
Dari jejak perintis Tok Hitam Tambun
Pengorbanan Jusoh Kumpal satria
Mengalir perjuangan tebus merdeka

Mendidih semangat, berdegup jantung
Nama yang keramat, bumiku Dungun

*KORUS (Ramai)
Dungun..Dungun, Dungun membangun
Dipayungi negeri yang kita junjung
Memahat sejarah, mencipta tamadun
Terengganu bistari, Dungun membangun

Marilah berpadu dan teguhkan barisan
Kita hapuskan kedaifan dengan gelombang
Zaman gelap yang parah dah berganti terang
Jangan diulang perit tersalah pilihan

Dungun..Dungun, Dungun membangun
Dungun..Dungun, Dungun membangun

*SUARA SOLO (Perempuan)
Kepada petani, penternak dan nelayan
Rasa perubahan yang tak pernah dimimpikan
Ada KETENGAH. FELDA dan FELCRA
Jalan-jalan dibina, ibarat membelah desa

*SUARA SOLO (Lelaki)
Sura dan Paka tak macam dulu
Bukit Besi tak sepi, Rantau Abang tak sayu
Arked MARA ada jambatan baru dibina
Hospital tegak, kita jauh berubah

*ULANG KORUS (Ramai)

*SUARA SOLO (Lelaki)
Wahai saudara janganlah taksub pandangan
Lihatlah masjid dan rumah disemua kawasan
Basmi kemiskinan menjadi kewajipan
Kebajikan warga, kami tak abaikan

*SUARA SOLO (Perempuan)
Bantuan pelajaran banyak ku terima
MRSM dan UiTM ditingkatkan jua
Sekolah IMTIAZ dan pelajaran agama
Dungun membangun, penuh jiwa dan raga

*ULANG KORUS (Ramai)

*SUARA LELAKI & PEREMPUAN
Inilah kemajuan yang kita capai
Banyak lagi yang belum selesai
Rimba Bukit Bauk kini lestari
Bandar baru Kumpal menunggu dirasmi

ECER pasti bawa limpahan
Dungun membangun, inilah kenyataan
Perjuangan untuk rakyat tiada batasan
Ayuh..... bersatu kita dalam barisan!

*ULANG KORUS (Ramai) DENGAN TEPUKAN TANGAN

Inspirasi perjuangan:
- YBhg Datuk (Dr) Haji Rosli Mat hassan
Ilham & seni lagu oleh:
- Shahrom Md Dom
Nyayian:
- Ku Syam & Zaira

Lirik lagu : PEWARIS ANAK DUNGUN

Pewaris Anak Dungun

Selagiku ingat
Pedagang Tok Hitam Tambun
Perintis bandar dungun

Selagiku ingat
Pendekar Jusoh Kumpal
Hidup-hidup dikambus Jepun

Selagiku ingat
Orang putih menguasai negeri
Meraih rakus kekayaan Bukit Besi

Selagiku ingat
Terngiang suara Tun Razak
Mengajar erti pembangunan
Keseluruh negeri dilancarkan
Tahun 1974 di Dewan zink berwarna Merah

Selagiku ingat
Uri temburi lahirku
Bersemadi di bumi Dungun

Akanku korban
Jiwa dan raga
Harta dan segalanya
Untukmu
Pewaris Anak Dungun

Luahan suara hati:
- YBhg Datuk (Dr) Haji Rosli Mat hassan
seni lagu oleh:
- Ramli Sarip

Khamis, 2 Julai 2009

Majlis Pertukaran dan Persaraan Guru dan Staf 2009

Assalamulaikum ,
Seramai 3 orang guru iaitu Ustaz Azua, Ustazah Ramlah dan Cikgu Zaleha, dan 4 orang staf iaitu Pn.Tg Aidah, Pn.Habsah, En.Alias Bakar dan En.Aziz telah bertukar dan menjalankan tugas ditempat baru masing-masing. Sir YM.Tg Ibrahim pula telah bersara awal. Majlis yang diadakan untuk mereka begitu meriah bagi meraikan mereka diatas jasa dan sumbangan mereka. Terima kasih diucapkan dan selamat bertugas ditempat baru serta selamat berehat untuk Sir Ibrahim.

Layari gambar majlis tersebut di URL dibawah.
GALERI GAMBAR:
- Mytcsp - AlbumSERI
[Sila klik pada LINK diatas untuk melihat gambar]

Majlis Perpisahan PK HEM

Assalamulaikum dan Salam sejahtera,
Tn.Hj Jalil Bin Ali merupakan mantan PK HEM SMKSED. Beliau bertukar ke SMK Padang Pulut setelah dinaikkan pangkat sebagai PK 1 di sekolah tersebut. Majlis ini diadakan pada 25 Februari 2009. Selamat Bertugas di tempat baru diucapkan buat Cikgu Jalil.

Layari gambar majlis tersebut di URL dibawah.
GALERI GAMBAR:
- Mytcsp - AlbumSERI
[Sila klik pada LINK diatas untuk melihat gambar]

Majlis Sambutan Tuan Pengetua

Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Setelah beberapa bulan SMKSED ketiadaan pengetua, kini jawatan tersebut telah pun didisi oleh Tuan Pengetua baru iaitu Tuan Haji Zulkafa Bin Zakaria. Beliau merupakan mantan pengetua SMK Komplek Rantau Abang. Majlis sambutan ini diadakan pada 7 Januari 2009 dan berlansung dengan begitu meriah sekali. Selamat Datang diucapkan kepada Tuan Pengetua... Semoga pimpinan baru ini dapat memberikan pembaharuan untuk warga sekolah SMKSED.

Layari gambar majlis tersebut di URL dibawah.
GALERI GAMBAR:
- Mytcsp - AlbumSERI
[Sila klik pada LINK diatas untuk melihat gambar]

Rabu, 24 Jun 2009

Influenza A/H1N1

Salam diucapkan kepada reader blog SMK Seri Dungun... sekadar peringatan k.. skang nie Negara kita sudah dilanda penyakit Selsema b***.. so semua kne lah berhati-hati.. klu ade rase demam dan batuk2 tu cepat2 ke Hospital tuk pemeriksaan lanjut..kadang2 kite nie demam skit2 malas nk g check... so skang kne lakukan..penyakit nie cepat merebak k... walaupun terengganu xde lg kes nie..tp mane lah tahu kn..klu nk jadi..ok guys.. see ya in the next post..

Selasa, 16 Jun 2009

KOD : Sebarkan kepada semua

Sebuah blog [TAK RASMI] telah dibina. Khas untuk warga SMKSED. Klik pada gambar dibawah. Atau layari http://smksed.blogspot.com .Tinggalkan pesanan anda diblog tersebut. Bagi yang berminat hendak menulis blog ini. Sila tinggalkan email @ no HP anda. Sekian. terima kasih

Copy & paste kod dibawah ini. Sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Sebuah blog [TAK RASMI] telah dibina. Khas untuk warga SMKSED. Klik pada gambar dibawah. Atau layari http://smksed.blogspot.com .Tinggalkan pesanan anda diblog tersebut. Bagi yang berminat hendak menulis blog ini. Sila tinggalkan email @ no HP anda. Sekian. terima kasih

Pencarian Penulis Blog

Assalamulaikum dan Salam sejahtera,
Rasanya dah cukup 14 Jam blog ini dijanakan. Beberapa section juga telah diedit dgn baik. Boleh kata semuanya dah sempurna
[kecuali banner kat atas tu, susah la sket nak buat baru. Aku lemah bab grafik].

Sekarang saya berharap untuk berkongsi blog ini dengan semua. Bagi mereka yang berminat nak bersama-sama menulis blog ini bolehlah memberikan email anda kepada saya. Usahlah risau jika tidak tahu nak blog, kerana saya akan memberi tunjuk ajar di kemudian hari. Kamu jika boleh meninggalkan no telefon, pada blog ini [Klik pada ULASAN, kat tajuk atas tu. Nampak?].

Penulis blog ini akan diberikan kuasa pernuh [Grand Admin]. Maknanya korang boleh adjust apa sahaja yang korang nak adjust. Jgn segan nak adjust tau, klu boleh buatlah backup dulu yerk.

Apa-apa pun korang boleh email aku dengan alamat dibawah:

Gmail = smksed[a]gmail.com

P/S : Tukarkan [a] dengan @ tau. Jangan lupa..

Update : Mengedit BLOG-SMKSED

Assalamulaikum dan Salam sejahtera,
baiklah..dah hampir 4 jam duk godek-godek xml blog ini. Banyak juga perubahan yang dah berjaya buat. Pada asalnya dibawah blog ni ada link "Twitter". Tetapi Saya batalkan kod tersebut dan menukarkannya kepada laman web rasmi SMKSED. Dlu asalnya gambar burung twitt, sekarang dah tukar. Pakai ikon rumah, cantek tak? Hahaaa.. Nama blog ni pun dijenamakan semula. Asalnya ialah "SMKSED" namun kemudian diubah kepada "BLOG-SMKSED". Lepas itu timbul masalah dengan font / tulisan terlalu besar dan panjang pula. Edit punya edit, dah berjaya! Tulisan pada header tu, tak boleh besar sangat kerana akan menindih gambar depan. Ayat-ayat berwarna yang dapat kita lihat itu adalah gambar. Warna-warna pada blog juga digubal semula. Alhamdulilah, semuanya nampak kemas. Apa-apa pun saya sedang menunggu jawapan daripada kawan saya iaitu Ayuni, Mek ma [Aizatul] dan Azwan untuk menjadi PENULIS BLOG ini bersama-sama.

SELAMAT DATANG !

Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kaseh kerana sudi menjenguk blog ini. Ingin saya tekankan bahawa blog [http://smksed.blogspot.com]ini adalah TIDAK RASMI. Maknanya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pentabiran. Tujuan blog ini dibentuk adalah untuk memhubungkan bekas-bekas pelajar, pelajar, guru bersara, guru mengajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi cerita mereka. Saya berharap hubungan ukwah dapat dibina dengan teguh antara kita semua. Blog ini masih dalam proses penjanaan / pembikinan. Para blogger SMKSED amatlah dialu-alukan untuk menjadi ADMIN kepada blog ini. Wassalamm...