Jumaat, 17 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

Pada 16 Februari 2012 (khamis), satu program iaitu Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan jayanya. Perarakan kali ini dikira berasaskan rumah sukan masing-masing iaitu:

- Tok Janggut [TJ]
- Dato' Bahaman [DB]
- Mat Kilau [MK]
- Megat Panji Alam [MPA]

*Nama rumah sukan telah bertukar sejak tahun lepas mengantikan Merbau, Seraya, Meranti dan Cengal. Dan buat makluman semua, sejak pertukaran nama rumah sukan ini, rumah merah telah bertukar menjadi lebih kuat dan sering mendapat tempat pertama setiap kali pertandingan.

Pada tahun ini, pertandingan kali ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
- Perarakan & Selawat
- Sepanduk
- Nasyid

Dan keputusannya seperti yang tertera dibawah:

Perarakan & Selawat :
1# Tok Janggut [TJ]
2# Dato' Bahaman [DB]
3# Mat Kilau [MK]
4# Megat Panji Alam [MPA]

Sepanduk :

1# Tok Janggut [TJ]
2# Mat Kilau [MK]
3# Dato' Bahaman [DB]
4# Megat Panji Alam [MPA]

Nasyid :

1# Mat Kilau [MK]
2# Tok Janggut [TJ]
3# Dato' Bahaman [DB]
4# Megat Panji Alam [MPA]



sekilas gambar rumah Tok Janggut yang memenangi dua tempat pertama.

 




p/s: Jikalau silap, harap dibetulkan.

English Teacher Assistant

Assalamulaikum dan Salam sejahtera..

senarai ETA untuk negeri Terengganu


Seperti yang sedia maklum, pada tahun ini (2012) SMK Seri Dungun telah menerima kedatangan seorang 'English Teacher Assistant' (ETA) pada awal tahun ini iaitu pada 1 Februari 2012 iaitu Miss Katherine Wiley. Dipanggil Miss Kate oleh para pelajar.

Kedatangan Miss Kate disambut dengan paluan kompang dan juga persembahan silat oleh ahli silat Pewaris Serindu.

Mengikut sumber, Miss Kate akan masuk ke setiap kelas (dari ting 1 hingga ting 5) pada setiap minggu. Miss Kate juga dikatakan akan berada di SMK Seri Dungun selama 10 bulan.

Miss Kate


pandangan peribadi :  agak jeles dengan budak tahun ini. Apepun, semasa terserempak dengan Miss Kate kat sekolah hari tu, boleh dikatakan dia ni lawa jugalah, hehe.