Selasa, 14 Julai 2009

Lagu Dungun Membangun dan Pewaris Anak Dungun

Assalamulaikum dan Salam sejahtera
Khas untuk semua warga Dungun, Terengganu. Bersempena dengan Permasyhuran Majlis Perbandaran Dungun pada 20 Ogos 2008. Muat turun lagu "Pewaris Anak Dungun" dan "Dungun Membangun". Percuma jer, tak perlu bayar.

Bersyukur pada illahi kerana tempat lahirku ini telah membangun. Semoga pembangunan ini kekal dan membawa kesan positif untuk kita semua.. Selamat maju jaya...Amin

Muat turun lagu tersebut di URL dibawah.
GALERI AUDIO:
- MediaFire - Dungun.Org
[Sila klik pada LINK diatas untuk memuat turun lagu]

Lirik lagu : DUNGUN MEMBANGUN
=============================
Dungun Membangun
=============================
*INTRO (Ramai)
Dungun..Dungun, Dungun membangun
Dungun..Dungun, Dungun membangun

*SUARA SOLO (Lelaki)
Dari nama sejenis pohon
Dari jejak perintis Tok Hitam Tambun
Pengorbanan Jusoh Kumpal satria
Mengalir perjuangan tebus merdeka

Mendidih semangat, berdegup jantung
Nama yang keramat, bumiku Dungun

*KORUS (Ramai)
Dungun..Dungun, Dungun membangun
Dipayungi negeri yang kita junjung
Memahat sejarah, mencipta tamadun
Terengganu bistari, Dungun membangun

Marilah berpadu dan teguhkan barisan
Kita hapuskan kedaifan dengan gelombang
Zaman gelap yang parah dah berganti terang
Jangan diulang perit tersalah pilihan

Dungun..Dungun, Dungun membangun
Dungun..Dungun, Dungun membangun

*SUARA SOLO (Perempuan)
Kepada petani, penternak dan nelayan
Rasa perubahan yang tak pernah dimimpikan
Ada KETENGAH. FELDA dan FELCRA
Jalan-jalan dibina, ibarat membelah desa

*SUARA SOLO (Lelaki)
Sura dan Paka tak macam dulu
Bukit Besi tak sepi, Rantau Abang tak sayu
Arked MARA ada jambatan baru dibina
Hospital tegak, kita jauh berubah

*ULANG KORUS (Ramai)

*SUARA SOLO (Lelaki)
Wahai saudara janganlah taksub pandangan
Lihatlah masjid dan rumah disemua kawasan
Basmi kemiskinan menjadi kewajipan
Kebajikan warga, kami tak abaikan

*SUARA SOLO (Perempuan)
Bantuan pelajaran banyak ku terima
MRSM dan UiTM ditingkatkan jua
Sekolah IMTIAZ dan pelajaran agama
Dungun membangun, penuh jiwa dan raga

*ULANG KORUS (Ramai)

*SUARA LELAKI & PEREMPUAN
Inilah kemajuan yang kita capai
Banyak lagi yang belum selesai
Rimba Bukit Bauk kini lestari
Bandar baru Kumpal menunggu dirasmi

ECER pasti bawa limpahan
Dungun membangun, inilah kenyataan
Perjuangan untuk rakyat tiada batasan
Ayuh..... bersatu kita dalam barisan!

*ULANG KORUS (Ramai) DENGAN TEPUKAN TANGAN

Inspirasi perjuangan:
- YBhg Datuk (Dr) Haji Rosli Mat hassan
Ilham & seni lagu oleh:
- Shahrom Md Dom
Nyayian:
- Ku Syam & Zaira

Lirik lagu : PEWARIS ANAK DUNGUN
================================
Pewaris Anak Dungun
================================
Selagiku ingat
Pedagang Tok Hitam Tambun
Perintis bandar dungun

Selagiku ingat
Pendekar Jusoh Kumpal
Hidup-hidup dikambus Jepun

Selagiku ingat
Orang putih menguasai negeri
Meraih rakus kekayaan Bukit Besi

Selagiku ingat
Terngiang suara Tun Razak
Mengajar erti pembangunan
Keseluruh negeri dilancarkan
Tahun 1974 di Dewan zink berwarna Merah

Selagiku ingat
Uri temburi lahirku
Bersemadi di bumi Dungun

Akanku korban
Jiwa dan raga
Harta dan segalanya
Untukmu
Pewaris Anak Dungun

Luahan suara hati:
- YBhg Datuk (Dr) Haji Rosli Mat hassan
seni lagu oleh:
- Ramli Sarip

4 PESANAN:

Tanpa Nama berkata...

Wahhh! Lama dah aku cari lagu nih. macamana nak download ni? Tolong ajarkan!

SMKSED berkata...

URL diatas telah dipadam. kalau mahu, saya boleh UP kan. Jika ada permintaan.

emy zalya berkata...

Saya mahu. Sila up kn lagu pewaris anak dungun

emy zalya berkata...

Saya mahu. Sila up kn lagu pewaris anak dungun

Catat Ulasan

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis PESANAN agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih.

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog / web @ email anda.
2. Hormati PENULIS & PEMBACA blog ini.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.