Jumaat, 7 Februari 2014

Rindu SMKSED

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Pejam celik dah 5 tahun umur blog ini semenjak dibina (2009-2014). Terlebih dahulu, kami memohon maaf sebab tiada kemaskini terkini mengenai SMK SERI DUNGUN. Seperti anda sedia maklum, weblog ini bukanlah rasmi. Ianya di bina oleh beberapa orang pelajar sebagai halaman perkongsian. Namun semenjak habis zaman sekolah menengah, ada antara kami yang sambung belajar di peringkat seterusnya, ada yang bekerja (ramai yang jadi guru..Alhamdulillah) dan ada yang dah mendirikan rumah tangga. Semua itu ketentuan daripada Nya, masing-masing ada jodoh, rezeki dan yang pasti jua ialah ajal maut.

Kami daripada pihak penulis yang ada sekarang mungkin tidak dapat menulis sebarang artikel terkini berkaitan SMKSED lagi, al-maklum sudah bertahun tamat sekolah menengah. Sekiranya ada pihak tuan/puan mahupun adik-adik yang berminat menjadi penulis blog ini, sila tinggalkan komen anda dan emel. insya-Allah, nanti kami invite tapi pastikan anda boleh menulis dengan baik dan menjaga nama baik sekolah. Seeloknya adalah daripada pelajar SMKSED yang masih menuntut disana. Tak perlu skema, riang-riang pun tak apa :)

Hari ini saya betulkan balik tema blog dan gantikan ruang chat yang baru. Amacam, macam cantik je kan?

Nasihat saya kat remaja diluar sana, jagalah diri ini elok-elok. Jangan terlalu leka, jangan lupa pada Nya. Itu sahaja pesanan ikhlas daripada saya. Semoga kita bertemu lagi di masa hadapan, Insya-Allah. Wassalam...

- Pengasas laman blog SMKSED

0 PESANAN:

Catat Ulasan

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis PESANAN agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih.

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog / web @ email anda.
2. Hormati PENULIS & PEMBACA blog ini.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.