Assalamulaikum dan Salam sejahtera,
baiklah..dah hampir 4 jam duk godek-godek
xml blog ini. Banyak juga perubahan yang dah berjaya buat. Pada asalnya dibawah blog ni ada link "
Twitter". Tetapi Saya batalkan kod tersebut dan menukarkannya kepada laman web rasmi SMKSED. Dlu asalnya gambar burung twitt, sekarang dah tukar. Pakai ikon rumah, cantek tak? Hahaaa.. Nama blog ni pun dijenamakan semula. Asalnya ialah "
SMKSED" namun kemudian diubah kepada "
BLOG-SMKSED". Lepas itu timbul masalah dengan font / tulisan terlalu besar dan panjang pula. Edit punya edit, dah berjaya! Tulisan pada
header tu, tak boleh besar sangat kerana akan menindih gambar depan. Ayat-ayat berwarna yang dapat kita lihat itu adalah gambar. Warna-warna pada blog juga digubal semula. Alhamdulilah, semuanya nampak kemas. Apa-apa pun saya
sedang menunggu jawapan daripada kawan saya iaitu
Ayuni,
Mek ma [Aizatul] dan
Azwan untuk menjadi PENULIS BLOG ini bersama-sama.