Jumaat, 17 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamulaikum dan Salam sejahtera

Pada 16 Februari 2012 (khamis), satu program iaitu Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan jayanya. Perarakan kali ini dikira berasaskan rumah sukan masing-masing iaitu:

- Tok Janggut [TJ]
- Dato' Bahaman [DB]
- Mat Kilau [MK]
- Megat Panji Alam [MPA]

*Nama rumah sukan telah bertukar sejak tahun lepas mengantikan Merbau, Seraya, Meranti dan Cengal. Dan buat makluman semua, sejak pertukaran nama rumah sukan ini, rumah merah telah bertukar menjadi lebih kuat dan sering mendapat tempat pertama setiap kali pertandingan.

Pada tahun ini, pertandingan kali ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
- Perarakan & Selawat
- Sepanduk
- Nasyid

Dan keputusannya seperti yang tertera dibawah:

Perarakan & Selawat :
1# Tok Janggut [TJ]
2# Dato' Bahaman [DB]
3# Mat Kilau [MK]
4# Megat Panji Alam [MPA]

Sepanduk :

1# Tok Janggut [TJ]
2# Mat Kilau [MK]
3# Dato' Bahaman [DB]
4# Megat Panji Alam [MPA]

Nasyid :

1# Mat Kilau [MK]
2# Tok Janggut [TJ]
3# Dato' Bahaman [DB]
4# Megat Panji Alam [MPA]



sekilas gambar rumah Tok Janggut yang memenangi dua tempat pertama.

 




p/s: Jikalau silap, harap dibetulkan.

English Teacher Assistant

Assalamulaikum dan Salam sejahtera..

senarai ETA untuk negeri Terengganu


Seperti yang sedia maklum, pada tahun ini (2012) SMK Seri Dungun telah menerima kedatangan seorang 'English Teacher Assistant' (ETA) pada awal tahun ini iaitu pada 1 Februari 2012 iaitu Miss Katherine Wiley. Dipanggil Miss Kate oleh para pelajar.

Kedatangan Miss Kate disambut dengan paluan kompang dan juga persembahan silat oleh ahli silat Pewaris Serindu.

Mengikut sumber, Miss Kate akan masuk ke setiap kelas (dari ting 1 hingga ting 5) pada setiap minggu. Miss Kate juga dikatakan akan berada di SMK Seri Dungun selama 10 bulan.

Miss Kate


pandangan peribadi :  agak jeles dengan budak tahun ini. Apepun, semasa terserempak dengan Miss Kate kat sekolah hari tu, boleh dikatakan dia ni lawa jugalah, hehe.

Ahad, 10 April 2011

VIDEO : 5 SH - 2009

ALAMAT SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun
Jalan Merbuk,
23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098483993 & Fax = 6098458117

UPDATE - 2011

Assalamulaikum dan Salam sejahtera..
Sudah berapa tahun saya tidak berhubung dengan cikgu di SMKSED. Menjejakkan kaki pun jauh sekali sebab merantau jauh dari tempat orang. Halaman website SMKSED tajaan kerajaan pun dah tak ada lagi..

Saya menutup blog ni dari paparan umun buat 1 jangka masa yang panjang. Sebab aku sahaja yang selalu update blog ni (2010). Untuk tahun 2011 ini, saya membuka balik blog ini. Kepada sesiapa yang berminat menjadi penulis blog ini, sila hubungi saya di SMKSED[a]gmail.com . Tak kiralah anda ex-student, student, ex-guru, guru atau pekerja di SMKSED. Asalkan ada sedikit pertalian dengan SMKSED... :)

- Dirgahayu Sekolah Menengah Seri Dungun